Pihak penganjur Ai Space Challenge dengan suka citanya ingin menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai pertandingan Ai Space Challenge. Pendaftaran pasukan secara rasminya telah dibuka dan semua rakyat Malaysia yang berminat dijemput untuk mendaftarkan pasukan anda di dalam cabaran angkasa Ai.

Kami mengalu-alukan penyertaan daripada pelajar pra-siswazah dari seluruh universiti di bawah negara ASEAN dan Taiwan untuk menyertai cabaran. ini. Pasukan yang memenangi Ai Space Challenge ini akan berpeluang untuk bekerjasama dengan ICE CUBE Ai Box dan melancarkan projek mereka ke Stesen Angkasa Antarabangsa, ISS. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Pendaftaran pasukan boleh dibuat melalui pautan ini. Tempoh pendaftaran adalah dari 1 Oktober 2021 hingga 21 Januari 2022.

Maklumat lanjut berkaitan pendaftaran boleh dirujuk di halaman yang sama. Anda juga boleh memuat turun buku panduan rasmi pertandingan serta template proposal di pautan kamiAnda diminta bersedia dengan maklumat dan dokumen yang diperlukan sebelum membuat pendaftaran. Selepas mendaftarkan pasukan anda, kami akan membuat semakan untuk menilai kelayakan peserta. Jika tiada sebarang masalah, pengesahan pendaftaran bagi pasukan anda akan dihantar melalui email dalam masa 5 hari  bekerja oleh pihak kami. 

Pengenalan Ai Space Challenge

Objektif utama cabaran ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar sekolah dan universiti untuk melibatkan diri mereka di dalam aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan STEM dan Angkasa.  Cabaran ini akan menilai kemampuan pelajar untuk menggunakan sistem Ai Supercomputer terkecil didunia yang terletak di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), Bersama dengan sejumlah sensor yang terbina didalamnnya. Alat ini akan mengumpul, menganalisis dan memproses pelbagai data yang diambil daripada ruang angkasa dengan menggunakan algoritma yang dibangunkan sendiri.

Ai Box

ICE Cubes “Ai Box” terletak di Stesen Angkasa Antarabangsa ISS. Ia merupakan Ai Supercomputer terkecil dunia untuk Embedded and Edge Systems di angkasa. Ia direka untuk pelbagai jenis sensor bagi mengumpul, menganalisa dan memproses data yang diambil ruang angkasa ISS.

  • Ai Box ini berfungsi dengan NVIDIA Jetson Xavier dan kemampuan computer 472 Giga Flops bersama  ARM x64 4 cores CPU dan 120 cores Nvidia Maxwell GPU
  • Ai Box ini akan dilancarkan dan dipasang pada platform ICE Cube di Stesen Angkasa Antarabangsa ISS di dalam modul European’s Columbus pada December 2021. Ia akan dilancarkan bersama SpaceX CRS-24 melalui misi menambah bekalan di ISS. 
  • Sehubungan itu, pemenang cabaran ISS ini akan menjadi pasukan pertama yang berpeluang untuk mengoperasi dan menggunakan Ai Box sebelum ia digunakan untuk tujuan komersial dan kajian.

Bengkel 

Pertandingan ini terbuka kepada semua orang awam. Sebagai peserta anda tidak diwajibkan untuk menyertai bengkel kami dan mendapatkan sebarang pengisian yang kami telah sediakan. Walaubagaimanapun, kami akan menganjurkan beberapa siri bengkel di antara bulan November- Disember 2021 bagi memberi sedikit pengenalan kepada peserta untuk memahami konsep asas, aplikasi dan kemungkinan untuk menggunakan Ai Edge Computer di ruang angkasa. Anda boleh sertai bengkel yang kami anjurkan ini di bengkel Ai Space Challenge dan semua nya adalah percuma.

Hadiah

Pemenang akan berpeluang untuk melancarkan projek mereka ke Stesen Angkasa Antarabangsa ISS dan menggunakan Ai Box untuk projek mereka selama 3 bulan. Mereka juga diberikan sokongan teknikal, konsultasi dan sesi bimbingan yang akan disediakan oleh pihak penaja.

Penganjur, Penaja dan Rakan Strategik

Pertandingan ini dianjurkan oleh Space Applications Services, iaitu syarikat perkhidmatan Eropah pertama yang beroperasi di ISS, Space Zab menyediakan testing facilities and services untuk penyelidik menjalankan kajian berkenaan persekitaraan angkasa lepas. Gran Systems, Taiwan space gateway untuk Stesen Angkasa Antarabangsa ISS, dan Zenith, pembangunan Advanced satellite sensors, Internet of Things (IoT). 

Garis Masa Misi

Pendaftaran: 15 Oktober 2021

Webinar Pengenalan: 9 November, 2021

Siri Bengkel: November – December

Pelancaran Ai Box melalui misi CRS-24 mission ke Stesen Angkasa Antarabangsa ISS: Penghujung Disember

Penyerahan proposal projek: 15 Februari 2022 15 (23:59 GMT+7)

Pengumuman Finalis: Pertengahan Mac 2022

Pitching akhir: Pertengahan April 2022

Pengumuman pemenang

Pautan yang berkaitan

Sila daftarkan diri anda dan pasukan anda untuk mendapatkan akses percuma kepada sebarang update dan bengkel daripada kami.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkenaan Ai Space Challenge, sila hubungi kami di [email protected]

Message us